BEKALAN SUSU

LATAR BELAKANG

Projek susu sebagai makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah bermula pada 1983. Ia bertujuan untuk meningkakan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat meminum susu.

 

Projek Susu 1Malaysia adalah usaha bersepadu tiga kementerian – Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

 

Program perlaksanaan ini membentuk perkembangan mental, sosial dan jasmani murid-murid sekolah rendah di seluruh negara.

 

Penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana bukan sahaja susu dihantar ke sekolah-sekolah di luar bandar, malah murid-murid sekolah di kawasan pendalaman turut tidak ketinggalan kerana bekalan susu masih sampai kepada mereka walaupun hanya terdapat beberapa murid di sekolah tersebut dan bekalan perlu melalui sungai dan hutan.

 

klik butang di atas peta untuk melihat laporan terkini mengikut sekolah

SUSU UHT – MENGAPA IA PILIHAN UTAMA?

Susu memberikan khasiat keperluan harian yang penting kepada keluarga anda. Walau bagaimanapun, ia mudah rosak sekiranya tidak dilindungi dengan cermat. Itulah sebabnya susu panjang hayat di dalam bungkusan Tetra Pak adalah pilihan yang lebih baik.

 

Mula-mula, susu tersebut melalui proses UHT (Ultra High Temperature) – satu proses yang menggunakan suhu amat tinggi untuk membasmi segala unsur yang boleh merosakkan susu dan minuman, tanpa menjejaskan khasiat, perisa dan kebaikan kandungannya.

 

Kebaikan ini kemudiannya dilindungi oleh enam lapisan bahan pelindung yang membentuk bungkusan Tetra Pak. Jadi, tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet atau penyejukan (kecuali jika telah dibuka), kandungannya akan kekal baik berbulan lamanya untuk mmberi murid-murid sekolah khasiat yang konsisten setiap hari, bila-bila masa dan di mana jua.

 

©2014 Hybrid Allied Sdn. Bhd. - Program Susu 1 Malaysia

> HUBUNGI KAMI