MENGENAI

HYBRID ALLIED SDN BHD

HYBRID ALLIED SDN. BHD.

Hybrid Allied Sdn. Bhd. adalah syarikat tenusu Malaysia yang diberi konsesi oleh Kerajaan Malaysia untuk membekalkan susu kepada sekolah-sekolah rendah di zon utara - Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - dalam Program Susu 1Malaysia sejak 2011.

 

Syarikat menyelia kesemua aspek operasi kelompok tenusu dalam skala besar, dari pengeluaran sehingga pemasaran. Hybrid Allied, yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang perladangan dan pengeluaran tenusu di Malaysia dan Australia, adalah rakan kongsi yang berjaya melaksanakan tugas-tugas pembekalan dengan baik.

 

Hybrid Allied melalui anak syarikatnya, Allied Dairy Sdn. Bhd., mengilang susu UHT (Ultra High Temperature) di Simpang Rengam, Johor.

 

KERJASAMA MALAYSIA, KOREA DAN EROPAH

Usahasama antarabangsa ini melibatkan 4 syarikat utama iaitu Hybrid Allied Sdn. Bhd. (Malaysia), Allied Dairy Sdn. Bhd., Namyang Dairy Products Co. Ltd. dan Tetra Pak International S.A. dalam menjayakan Program Susu 1 Malaysia.

ALLIED DAIRY SDN. BHD.

Allied Dairy adalah kilang tenusu Malaysia yang juga syarikat peneraju (anchor) EPP 13 Kluster Tenusu dan berada di bawah pegangan Hybrid Allied Sdn. Bhd. Kilang tenusu ini adalah sebahagian dari program yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang bertujuan meningkatkan kecukupan susu Malaysia dari 2 peratus kepada 5 peratus menjelang 2020.

 

Sebanyak RM28 juta telah dilaburkan ke dalam kilang yang terletak di Simpang Renggam, Johor. Ia dilengkapi dengan peralatan dan mesin canggih untuk mengumpul, memproses dan membungkus produk susu.

 

Kilang ini telah diiktiraf dengan pensijilan ISO 2200:2005 dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) Audit Standard: Codex Alimentarius. Kesemua produk keluaran Allied Dairy adalah halal dan diiktiraf oleh pihak JAKIM.

 

Allied Dairy memiliki kapasiti untuk mengeluarkan susu kotak lebih dari 50 juta kotak setahun, malah ia mampu meningkatkan jumlah tersebut mengikut permintaan.

 

NAMYANG DAIRY PRODUCTS CO. LTD.

Hybrid Allied bekerjasama dengan syarikat gergasi kedua terbesar di Korea, Namyang Dairy Products Co., Ltd. untuk membekalkan susu yang berkualiti tinggi.

 

Namyang adalah syarikat tenusu yang ditubuhkan pada 1964 dan pengeluar produk tenusu domestik yang terbesar dengan paparan 800 produk bermutu di pasaran.

 

Komitmen Namyang dalam inovasi, pembangunan produk dan teknologi unggul menjanjikan susu yang dihantar ke Malaysia adalah halal (JAKIM), bersih dan selamat yang menepati standard HACCP.

 

TETRA PAK

Tetra Pak adalah peneraju dunia dalam bidang pemprosesan dan pembungkusan makanan. Melalui kerjasama rapat dengan pelanggan dan pembekal, syarikat membekalkan produk yang selamat, inovatif dan mesra alam dalam memenuhi keperluan harian berjuta-juta penduduk di lebih 170 buah negara.

 

Dengan lebih 23,000 pekerja dan beroperasi di lebih dari 80 buah negara, Tetra Pak berpegang kepada kepimpinan industri yang bertanggungjawab dan usaha pendekatan perniagaan yang berterusan.

 

Cogan kata “MELINDUNGI YANG BAIK”® mencerminkan visi Tetra Pak untuk menjadikan makanan selamat dan mudah diperolehi di mana-mana jua. Maklumat lanjut mengenai Tetra Pak boleh didapati dari www.tetrapak.com dan www.tetrapak.com.my

 

Tetra Pak dan “MELINDUNGI YANG BAIK”® adalah tanda niaga hakmilk kumpulan Tetra Pak.

 

INISIATIF DAN TANGGUNGJAWAB

Hybrid Allied, dengan daya inisiatifnya sendiri, telah mereka dan mencetak buku laporan dan pemantauan rangkaian bekalan susu yang dihantar ke sekolah-sekolah wilayah utara Malaysia. Program dalaman ini berjalan lancar dan cekap sehingga pihak Kementerian turut menggunakan sistem yang dipelopori oleh syarikat.

 

 

Hybrid Allied mengambil berat akan amanahnya untuk membekalkan susu yang bermutu dan selamat. Syarikat mengambil usaha proaktif dan akan membuang susu, walaupun dalam jumlah yang amat besar, sekiranya susu tidak menepati kawalan kualiti yang ketat. Oleh itu,  syarikat sering memastikan pengeluaran, pengurusan, pelaksanaan dan penghantaran bekalan dijalankan dengan bersih dan cekap.

 

©2014 Hybrid Allied Sdn. Bhd. - Program Susu 1 Malaysia

> HUBUNGI KAMI