OPERASI & LOGISTIK

Hybrid Allied menjalankan operasi yang kemas, cekap dan bersistematik. Allied Dairy Sdn. Bhd. (di bawah pegangan Hybrid Allied Sdn. Bhd.) menjalankan kerja-kerja pengeluaran susu dan selebihnya diurus oleh syarikat utama.

KILANG

Kilang tenusu, Allied Dairy terletak di Simpang Rengam, Johor Darul Takzim dan ia dilengkapi dengan mesin-mesin terkini untuk operasi pengumpulan susu sehinggalah ke pembungkusan. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengeluarkan susu bermutu tinggi seperti mesin-mesin kami dicuci dengan kerap untuk mengelakkan pencemaran susu.

 

Kilang tenusu ini turut dilengkapi dengan mesin pemprosesan  berteknologi canggih dari Tetra Pak bekerjasama dalam kerja-kerja pembungkusan.

 

Pek susu kotak dimasukkan ke dalam kartun yang tertutup kerana pek susu kotak lebih terlindung dan kartun-kartun lebih mudah dikendalikan dan disusun.

 

GUDANG

Dalam memastikan kanak-kanak sekolah di wilayah utara Malaysia mendapat susu yang baik dan baru, Hybrid Allied telah membuka dua gudang untuk memudahkan proses pembekalan kepada sekolah-sekolah. Suhu di gudang juga dapat dikawal serta langkah berjaga-jaga sentiasa diambil untuk menjauhkan haiwan perosak.

 

Gudang-gudang ini berlokasi di Kuala Ketil dan Ipoh.

 

LOGISTIK

Pengurusan logistik dibuat dengan rapi untuk memastikan bekalan susu yang dihantar adalah tepat pada waktunya dan berterusan. Unit perancangan Hybrid Allied mengambil kira faktor dalam memastikan kanak-kanak sekolah di kawasan utara Malaysia mendapat susu yang terbaik.

 

Tambahan lagi, lori-lori yang digunakan (lori bertutup dan bonded)  untuk menghantar susu ke pelbagai destinasi adalah bertutup dan sejuk.

 

LATIHAN

Dari pengendali susu di ladang hinggalah pemandu lori yang menghantar bekalan pek susu kotak ke gudang-gudang dan sekolah-sekolah rendah melalui latihan untuk mengendalikan susu dengan rasa penuh tanggungjawab.

 

Pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil, malah mereka juga turut mengikuti ceramah dan latihan praktikal yang diadakan dari masa ke semasa supaya mereka dapat memahami sepenuhnya produk yang dikendalikan bakal sampai ke tangan murid-murid sekolah rendah.

Tidak dilupakan, ceramah berterusan dijalankan untuk para guru supaya mereka sentiasa peka dan yakin dengan tugasan mengagihkan bekalan susu kepada murid-murid.

 

HYBRID ALLIED AND TETRA PAK INK DEAL

©2014 Hybrid Allied Sdn. Bhd. - Program Susu 1 Malaysia

> HUBUNGI KAMI