PROGRAM SUSU

1 MALAYSIA

LATAR BELAKANG

Projek susu sebagai makanan tambahan untuk murid-murid sekolah rendah bermula pada 1983. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat meminum susu.

 

Projek Susu 1Malaysia adalah usaha bersepadu tiga kementerian – Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

 

Program perlaksanaan ini membentuk perkembangan mental, sosial dan jasmani murid-murid sekolah rendah di seluruh negara.

 

Penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana bukan sahaja susu dihantar ke sekolah-sekolah di luar bandar, malah murid-murid sekolah di kawasan pendalaman turut tidak ketinggalan kerana bekalan susu masih sampai kepada mereka walaupun hanya terdapat beberapa murid di sekolah tersebut dan bekalan perlu melalui sungai dan hutan.

 

 

KEJAYAAN PS1M

PS1M ternyata merupakan satu program yang berjaya. Kanak-kanak sekolah, terutamanya  di kawasan pendalaman, amat menggemari minum susu yang enak. Malah, ramai di kalangan mereka yang menanti-nanti susu yang dihantar dua kali seminggu.

 

PSIM berjaya meningkatkan kedatangan murid me sekolah. Ia selaras dengan aspirasi pertama di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mencapai 100 peratus kadar kemasukan ke sekolah merentas semua peringkat pendidikan menjelang 2020.

Oleh itu, matlamat sebenar program PS1M ditepati, iaitu membangunkan sebuah generasi baru sihat, cerdas serta membantu mengatasi masalah kekurangan zat makanan.

 

Kerajaan telah membelanjakan RM103 juta bagi tahun 2013 untuk pemberian susu dua kali seminggu yang meliputi 1.4 juta murid di seluruh negara.

 

Program PS1M tertumpu kepada murid sekolah yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sahaja layak untuk mendapatkan susu percuma. Ia juga termasuk murid-murid sekolah di luar bandar dan pendalaman.

 

©2014 Hybrid Allied Sdn. Bhd. - Program Susu 1 Malaysia

> HUBUNGI KAMI